Resipi Almond London Senang dan Mudah



RESIPI ALMOND LONDON


Bahan-Bahan : (Untuk Kuantiti 150 biji)
📌250g mentega
📌125g gula halus
📌1 biji telur
📌1 sudu teh esen vanila
📌50g serbuk badam (optional)

📌200g tepung jagung}
📌300g tepung gandum}
📌1 sudu besar tepung beras}
📌1 sudu teh baking powder}-ayak bersama

📌200g kacang badam,digoreng tanpa minyak
📌50g badam cincang untuk hiasan
📌+/- 700g cokelat compound

Cara Penyediaan :

👉Pukul mentega dan gula sehingga kembang.Masukkan esen vanila dan pukul lagi.
👉Masukkan serbuk badam.Kacau.
👉Masukkan tepung yang telah diayak tadi,gaul rata.
👉Bentukkan doh bulat-bulat kecil/lonjong dan masukkan kacang di dalamnya.
👉Letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilenserkan sedikit mentega.
👉Bakar pada suhu 200'C selama 20 minit.
👉Cairkan coklat dengan kaedah double-boiler.
👉Celupkan biskut tadi dan letak dalam
kertas cawan.
👉Taburkan badam cincang di atasnya.
👉Biarkan ia kering.
👉Siap disimpan.

SELAMAT MENCUBA

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama