Kalau bersarapan, bulan puasa dan sebagainya, admin selalunya akan pastikan ada kuih keria sebagai juadah untuk dimakan. Kadang-kadang buat sendiri bersama keluarga sebab cara nak hasilkan kuih keria ini sebenarnya mudah sahaja. Bahan-bahan yang diperlukan pun tidaklah susah dicari.
Kali ini adalah perkongsian tentang cara membuat kuih keria ubi keledek, perkongsian dari Masni Bahari. Kepada yang teringin mencuba resipi ini, silalah cuba ya!
RESIPI KUIH KERIA UBI KELEDEK MUDAH, SEDAP & GEBU
BAHAN-BAHAN :
- 3 cawan ubi keledek oren - rebus lembut & lenyek
- 1 sudu makan tepung beras
- 4 sudu makan tepung gandum
- Sedikit garam
- Gula - untuk salut kuih keria nanti
CARA PENYEDIAAN :-
#1 Ubi yang telah direbus perlu dilenyek. Letak sedikit garam dan biarkan sejuk.
#2 Bila ubi dah sejuk, masukkan kesemua tepung dan uli. Jika tepung masih melekat di tangan, biarkan sahaja. Biar adunan selama 1/2 jam.
#3 Bahagikan doh dan bentukkan adunan menjadi bentuk kuih keria. Harus diingat, masa bentukkan adunan harus sapu minyak masak pada tangan. Ia bertujuan mengelakkan adunan melekat pada tangan.
#4 Panaskan minayk masak menggunakan api sederhana dan goreng kuih keria tadi. Angkat dan ketepikan.
#5 Untuk menyediakan salutan gula, masukkan 5 sudu makan gula dan sedikit air ke dalam kuali. Masak dan kacau sampai pekat dan bertali.
#6 Masukkan kuih yang digoreng tadi dan kacau sampai gula menjadi keras.
#7 Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Mudah bukan? Melihat pada bahan pun sudah dapat tau tentang prosesnya. Apa yang anda perlu lakukan adalah mengikut setiap cara-cara dan langkah-langkahnya dengan tepat, barulah kuih keria anda akan menjadi.
SELAMAT MENCUBA
Kredit Resipi & Gambar : Masni Bahari