Resipi kali ini yang akan dikongsikan bersama para pembaca adalah Resipi Tart Nenas Gulung. Kuih Tart Nenas Gulung merupakan salah satu kuih raya yang tidak asing lagi. Boleh dikatakan majoriti isi rumah ketika hari raya mempunyai kuih ini tidak kira sama ada buat sendiri atau beli di kedai.
RESEPI TART NENAS GULUNG
Senarai Bahan-Bahan :
Bahan untuk jem:
⚡2 biji nenas, parut dan toskan air
⚡600 gram gula
⚡1 batang kayu manis
⚡2-3 titik pewarna kuning
⚡Bahan untuk hiasan:
⚡1 biji kuning telur
⚡1 sudu air
⚡Setitik pewarna kuning
Bahan-bahan untuk tart:
⚡125 gram butter, premium Anchor butter
⚡1 sudu besar gula kastor
⚡1 biji kuning telur
⚡1 sudu besar minyak sapi
⚡1 3/4 cawan tepung gandum*
⚡1/4 cawan tepung jagung*
⚡1 sudu besar tepung kastard*
⚡1/2 sudu kecil garam halus
Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk jem nenas:
👉Masak nenas yang telah diparut bersama gula.
👉Apabila hampir kering, masukkan pewarna kuning dan kayu manis.
👉Masak dengan api perlahan sehingga agak kering.
Cara-cara untuk bahan hiasan:
👉Kacau sebati kuning telur, air dan pewarna kuning. Sapu di atas tart gulung.
Cara-cara untuk tart:
👉Pukul mentega ( dikeluarkan pada suhu bilik) bersama gula sehingga putih dan berkrim.
👉Masukkan kuning telur, minyak sapi dan garam. Kacau sehingga sebati.
👉Ayak ketiga-tiga jenis tepung (bertanda *).
👉Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga menjadih doh yang lembut. Rehatkan seketika.
👉Masukkan doh ke dalam acuan tart, tekan dan gulung bersama inti nenas yang digentel kecil membujur.
👉Susun di atas loyang yand dilapik dengan baking paper atau digriskan dengan butter.
👉Sapukan atas tart gulung dengan bahan hiasan. Panaskan oven pada suhu 175 darjah celcius, masukkan kuih dan bakar selama 20-25 minit.
SELAMAT MENCUBA
Tags:
resipikuih