Resipi Chicken Wings Ala 4 Fingers, Lebih Sedap & Jimat!



RESIPI CHICKEN WINGS ALA 4 FINGERS, LEBIH SEDAP & JIMAT


Di mana penggemar kepak ayam?! Pastinya ramai suka dengan kepak ayam kan! Kalau anda yang pernah makan di 4 Fingers mesti nak makan lagi sehinggakan ketagih bukan? Tapi harganya agak mahal dan lokasinya hanya dibeberap tempat sahaja.


Okay, jangan risau sebab kali ini kami nak kongsikan dengan anda satu resipi kepak ayam ala-ala 4 Fingers yang anda boleh buat dirumah. Bila boleh dibuat di rumah, bolehlah buat sebanyak mana yang kita mampu dan inginkan. Lebih seronok sebab bahan-bahan pun mudah sahaja, kos pun tak banyak!


BAHAN-BAHAN

1 kg kepak ayam (dipotong dua) 

Garam

Lada Hitam

Sos Tiram

Mix Herbs

Tepung Jagung


BAHAN-BAHAN SOS

Bawang Putih dicincang

Mentega

 Garam

3 sudu besar madu

Serbuk Cili

3 sudu besar gula perang




CARA PENYEDIAAN


#1 Perapkan ayam bersama garam, lada hitam, sos tiram, mix herbs dan gaulkan sehingga sebati.


#2 Celupkan ayam ke dalam tepung jagung dan pastikan tepung jagung menyaluti keseluruhan ayam tersebut.


#3 Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga separuh masak. Pastikan api tidak terlalu besar, tidak terlalu kecil dan saiz sederhana sahaja.


#4 Setelah selesai goreng ayam separuh masak,  gorengkan semula sehingga betul-betul garing.


#5 Untuk sos pula, tumis bawang putih yang dicincang dengan mentega. sos tiram, gula perang sehingga naik bau.


#6 Kemudian masukkan madu dan serbuk cili dan gaul sehingga sebati.


#7 Gaulkan sos bersama dengan ayam sehingga sos menyaluti semua kepak ayam tersebut.


Sumber : Aznida Aziz


SELAMAT MENCUBA

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama