RESIPI MEE BANDUNG MUAR
Bahan-bahannya:
🍝1 kg mee kuning
🍝10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
🍝1 labu bawang putih (diketuk)
🍝5 biji bawang merah
🍝½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air
🍝½ cawan udang hidup
🍝1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
🍝Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
🍝Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
🍝¾ – 1 cawan gula pasir
🍝3 – 4 cawan air rebusan daging
🍝1 sudu makan sos tiram
🍝Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
🍝Garam secukup rasa
🍝Minyak untuk menumis
🍝Lain lain perencah seperti daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan.
🍝Daun saderi & daun bawang, jika minat (dihiris)
Cara Penyediaannya :
👉 Kisar cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
👉 Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
👉 Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
👉 Masukkan sos tiram
👉 Masukkan udang, daging rebus dan lain-lain perencah
👉 Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat sedia untuk dihidangkan bersama mee. lebih sedap dihidangkan sepinggan-sepinggan
👉Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
👉Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan.
SELAMAT MENCUBA
Tags:
resipimee