Resipi Nasi Ayam Hainan Simple dan Sedap



RESIPI NASI AYAM HAINAN


Stok Ayam:

Rebus tulang ayam untuk dapatkan stok ayam, lebihan stok hanya tambah 2 kiub ayam sahaja untuk dibuat sup.

Nasi :

🍚 2 Pot beras

Bahan Tumis :

🍚2 ulas bawang merah dihiris
🍚1 ulas bawang besar dihiris
🍚Setengah inchi halia dihiris
🍚1 sb halia kisar
🍚1 sb bawang putih kisar
🍚1 batang serai diketuk
🍚2 ketul kiub ayam
🍚mentega


Cara Penyediaannya:

1. Panaskan mentega

2. Tumiskan bawang yang dihiris, kemudian masukkan bahan yang dikisar, serai dan daun pandan.

3.Masukkan kiub ayam, kemudian goreng beras sebentar.

4. Masukkan air stok ayam, masak sehingga kering.

Ayam:

🍚 Ayam whole leg , 4 ketul
🍚 1 inchi halia dihiris
🍚 2 Ulas bawang besar dihiris
🍚 1 inchi daun bawang dipotong
🍚 Kiub ayam seketul
🍚 Minyak bijan

Cara Penyediaannya :
1. Aturkan ayam di dalam bekas. 

2. Taburkan bawang, halia dan daun bawang, kemudian taburkan pula 1 ketul kiub ayam yang dihancurkan.

3. Kukus selama 30 minit

4. Selepas 30 minit, angkat dan terus rendam dalam air ais. Untuk kekalkan kelembutan).

5. Rendam lebih kurang 15 minit.

6. Angkat ayam dan kemudian potong.

7. Air lebihan kukus ayam tadi tuangkan di atas ayam,tuangkan minyak bijan sedikit.

Sos:

🍷10 biji cili hidup
🍷2 sb bawang putih dikisar
🍷 4 biji limau nipis (air diambil)
🍷 Setengah inchi halia
🍷 Gula dan garam
🍷 Sos cili thai

Cara penyediaannya : 

Kisarkan semua bahan dan campur sos cili thai.

SELAMAT MENCUBA

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama