Apa khabar pembaca semua? Alhamdulillah, admin baik-baik sahaja. Baiklah, kali ini adalah perkongsian mengenai satu resipi yang mungkin menjadi kegemaran anda iaitu puding roti bersama sos kastard. Siapa disini macam admin suka makan puding roti boleh angkat tangan?!
Resipi kali ini adalah perkongsian Shafira dan cara penyediaannya cukup mudah. Puding roti pastinya tidak lengkap tanpasa sos kastard yang pekat dan manis. Oleh itu, tanpa melengahkan masa anda boleh lihat senarai bahan dan cara penyediaan Puding Roti dan Sos Kastard.
RESIPI PUDING ROTI SOS KASTARD MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN
- 10 keping roti sandwich - dipotong empat segi
- 1 tin susu cair
- 3 biji telur
- 1 sudu teh esen vanilla
- 5 sudu makan gula
- Buah campur kering secukupnya - rendam dengan air panas ( boleh abaikan jika tiada)
- Sedikit mentega
BAHAN SOS KASTARD
- 1 tin susu cair
- 1/2 cawan air
- 2 sudu makan tepung kastard
- 4 1/2 sudu makan gula
CARA PENYEDIAAN PUDING ROTI
#1 Satukan susu cair, telur, esen vanilla dan gula. Kisar hingga larut.
#2 Kemudian sapukan mentega pada rot dan juga pada loyang.
#3 Susun kepingan roti dalam loyang dan tuang bahan kisar tadi. Tekan-tekan roti supaya meresap cecair tadi.
#4 Tabur buah-buahan kering dan kukus selama 30 minit.
CARA PENYEDIAAN SOS KASTARD
#1 Campurkan tepung kastard ke dalam air. Kacau rata.
#2 Kemudian campurkan semua bahan dan masak atas api perlahan. Kacau hingga sos menjadi sedikit pekat.
#3 Angkat dan sedia dinikmati bersama puding roti.
Bagaimana? Mudah bukan? Pastinya menyediakan juadah ini untuk dimakan bersama keluarga adalah lebih baik. Anak-anak juga pasti akan suka dengan juadah ini. Apa lagi tunggu, cepat siapkan puding roti dan sos kastard anda ya!
KREDIT RESIPI & FOTO : NURUL SHAFIRA