Resipi Kari Ayam Mudah



RESIPI KARI AYAM MUDAH

Bahan-bahan (4 - 6 org)
🐔1/2 ekor ayam
🐔3 ulas bawang merah dihiris
🐔3 biji ubi kentang dipotong 4
🐔2 biji tomato dipotong 4
🐔1 cili hijau dibelah dua
🐔2 sudu besar serbuk kari daging
🐔RM 1 santan
🐔garam secukup rasa
🐔air secukupnya
🐔sedikit daun pudina utk hiasan

Bahan Tumis
🐔2 sudu besar halia dan bwg putih mesin
🐔2 biji bunga lawang,bunga cengkih,buah pelaga dan kayu manis

Cara Penyediaannya :

👉Panaskan kuali dgn 1 sudu besar minyak

👉Tumis bahan-bahan menumis dgn hirisan bawang merah sehingga kekuningan

👉Masukkan rempah kari daging,masak sampai naik bau

👉Tambahkan dgn air setakat yang mahu;ikut kepekatan sendiri

👉Masukkan ubi kentang,cili hijau dan tomato

👉Masukkan ayam dan garam secukup rasa serta santan,masak sehingga ayam dan ubi masak

👉Taburkan daun pudina sebagai hiasan dan mendapatkan bau yg enak

👉Siap

SELAMAT MENCUBA

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama