RESIPI DAGING MASAK MERAH ALA THAI
Bahan-Bahan :
🍛1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
🍛 2 ulas bawang putih diketuk
🍛1 labu bawang besar
🍛1 sudu besar cili kisar dua sudu besar sos tiram
🍛 Satu sudu besar sos ikan thai
🍛1/4 cawan sos tomato
🍛 Sedikit minyak untuk menumis
🍛 Garam dan gula secukup rasa kacang panjang
🍛 Jika suka Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana-mana pun boleh)
Cara Penyediaannya :
👉 Rebus daging dengan sedikit sahaja pewarna merah hingga empuk dan potong nipis.
👉 Di dalam kuali, panaskan minyak dan goreng dahulu daging hingga kuning sedikit. Ketepikan.
👉 Tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan cili giling. Kacau sebentar dan bolehlah di masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
👉 Masukkan pula daging tadi, bawang besar yang di hiris dan kacau. Perasakan dengan garam dan gula.
👉 Kalau inginkan lebih kuah, masukkan sedikit air dan sos tomato.
👉 Bila sudah masak, bolehlah di hidangkan dengan nasi putih.
SELAMAT MENCUBA
Tags:
resipidaging