Resipi Ikan Patin Asam Tempoyak Pasti Menjadi!

Resipi Ikan Patin Asam Tempoyak Pasti Menjadi!

RESIPI IKAN PATIN ASAM TEMPOYAK

Bahan-Bahan : 

🐟1 ekor ikan patin
🐟150 gm tempoyak
🐟2 tangkai cili merah
🐟2 senduk cili kering kisar
🐟10 tangkai cili padi

🐟4 cm kunyit hidup
🐟3 keping asam gelugur
🐟1 kuntum bunga kantan
🐟1 ikat daun kesum
🐟Garam dan gula secukup rasa


Cara Penyediaannya : 

💓 Ikan patin dibersihkan dan kemudian dipotong mengikut saiz yang sesuai. Sekiranya anda sukakan saiz kecil, potong lah saiznya mengikut saiz yang anda suka.

💓 Tempoyak, cili merah, cili padi dan kunyit dikisar. Kisar bahan-bahan ini dengan hancur.

💓 Masukkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam periuk bersama sedikit air.

💓 Masukkan juga cili kisar, asam gelugur, daun kesum dan bunga kantan. Kacau dan didihkan.

💓 Perisakan kuah dengan garam dan gula secukupnya.

💓 Apabila mendidih, masukkan ikan patin. Setelah masak, angkat dan hidangkan.

SELAMAT MENCUBA

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama