Resipi Kerabu Mangga Ala Thai Mudah



RESIPI KERABU MANGGA ALA THAI

Bahan-Bahan : 
🌰1 biji mangga muda
🌰1 biji tomato
🌰Sedikit ikan bilis-dibersihkan dan dibelah dua - digoreng
🌰1 biji bawang merah - dimayang
🌰5 tangkai cili padi - dipotong halus
🌰1 1/2 sudu sos ikan
🌰1 biji limau nipis
🌰Gula secukupnya

Cara Penyediaan : 

👉 Satukan mangga muda dengan tomato yang dihiris halus.

👉 Masukkan sos ikan, bawang yang telah dipotong halus, selepas itu masukkan pula cili padi dan perahkan limau nipis.

👉Masukkan ikan bilis yang telah digoreng - gaul hingga rata.

👉 Akhir sekali, masukkan gula.

SELAMAT MENCUBA

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama