6 Info Berkenaan Air Fryer Yang Anda Patut Tahu

 
6 INFO BERKENAAN AIR FRYER YANG ANDA PATUT TAHU


Air Fryer merupakan antara peralatan memasak yang mula mendapat perhatian orang ramai sejak 5 tahun kebelakangan ini. Dengan adanya pelbagai pilihan dan jenama air fryer di pasaran, lebih ramai yang mula membeli air fryer sebagai salah satu peralatan yang perlu ada di rumah. Tapi tahukah anda bahawa ramai juga yang beli air fryer tetapi menjadi pameran sahaja di dapur? 


Oleh itu, kali ini kami ingin memberikan info yang anda boleh cuba di rumah menggunakan air fryer. Percayalah bahawa air fryer merupakan antara peralatan pintar yang anda boleh memasak pelbagai jenis lauk dan masakan dengannya.


INFO #1

Makanan sejuk beku (frozen) boleh dimasak terus ke dalam air fryer tanpa perlu defrost.


Ya benar. Anda hanya perlu pastikan lauk atau bahan tersebut perlu di marinate atau perap bersama bahan perapan sebelum dibekukan. Untuk memasak dalam air fryer, keluarkan sahaja dari peti sejuk beku dan masukkan saja dalam bakul air fryer anda tanpa defrost. Tetapan pada suhu masih sama seperti kita masak makanan biasa, cuma yang berbeza adalam masa untuk memasak iaitu perlu ditambah daam 10 - 15 minit. Cara ini sesuai untuk anda memasak makanan dengan cepat.


INFO #2

Sayur-sayuran juga boleh dimasakan penggunakan air fryer.


Ya benar, sayur boleh dimasak dalam air frayer. Caranya mudah sahaja, anda perlu perasakan sayur itu terlebih dahulu, sebagai contoh : letak garam, lada hitam, minyak , sos dan sebagainya. Anda juga boleh perapkan beberapa ketika sebelum memasukkan sayur itu ke dalam air fryer. Untuk masa pula, kebiasaannya sayur akan masak dengan cepat dalam air fryer ini, hanya sekitar 6-8 minit sahaja.


INFO #3

Beberapa jenis makan boleh dimasak serentak di dalam air fryer.


Ya benar, anda boleh memasak serentak. Caranya adalah dengan membuat pembahagian antara masakan (gunakan aksesori air fryer) atau menggunakan baking paper/daun pisang atau apa sahaja yang boleh mengelakkan makanan bercampur. Contohnya anda boleh memasak ikan bilis, kacang tanah dan telur serentak dalam bakul air fryer yang sama. Kan mudah untuk buat menu nasi lemak?


INFO #4

Makanan yang telah siap boleh dipanaskan semula menggunakan air fryer.

Ya benar. Caranya mudah sahaja, contoh untuk makanan bergoreng seperti karipap, pisang goreng dan makanan lain yang sudah lemau, anda hanya letakkan sahaja dalam air fryer dan makanan anda akan kembali rangup dan garing. Untuk makanan berkuah, anda boleh letak makanan tersebut dalam bekas atau loyang terlebih dahulu, kemudian barulah panaskan dalam air fryer anda.


INFO #5

Makanan atau lauk yang 'memercik'/meletop ketika masak di kuali tapi tidak begitu dengan air fryer.

Ya benar. Kebiasaannya lauk atau masakan sebegini menjadi begitu adalah seperti goreng sotong, paru-paru atau ikan keli. Caranya mudah sahaja, setelah masakan tersebut diperasakan, tambah sedikit minyak atau percikkan sedikit minyak sebelum menggoreng. Jika eprlu, terbalikkannya pada separuh masa memasak.

INFO #6

Masakan yang menggunakan arang juga boleh dimasak menggunakan air fryer.


Ya benar. Contoh masakan yang menggunakan arang adalah seperti ayam percik, ikan bakar, sate dan sebagainya. Caranya mudah sahaja, pastikan masakan anda separuh masak, dan buka bakul air fryer untuk terbalikkan. Jika perlu,  buka dengan kerap untuk pastikan masakan anda pun tidak menjadi sebarang masalah dan tidak akan jejaskan masakan anda.


SEMOGA BERMANFAAT

Sumber : Air Fryer | Google Image

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama