Resipi Daging Goreng Bersama Brokoli Mudah Sahaja



RESIPI DAGING GORENG BERSAMA BROKOLI

Bahan-Bahan : 

🍗 250gm daging | dihiris
🍗 200gm brokoli | dipotong kecil & dicelur
🍗 ¼ biji lada benggala merah | dihiris memanjang
🍗 2 ulas bawang putih | dihiris
🍗 4cm halia muda | dihiris nipis
🍗 2 sudu besar minyak masak

Bahan perapan:

🍗 1 sudu besar tepung ubi
🍗 1 sudu besar kicap cair
🍗 1 sudu besar air
🍗 Serbuk lada putih secukupnya

Bahan sos:


🍗 1 sudu besar sos tiram
🍗 2 sudu besar kicap manis
🍗 ½ sudu kecil serbuk lada hitam
🍗 ½ cawan air

Cara Penyediaanya : 

💡 Perapkan daging bersama bahan perapan selama 30 minit.

💡 Panaskan 1 sudu besar minyak masak dan goreng yang diperap tadi sehingga separuh masak. Ketepikan.

💡  Di dalam kuali yang berlainan, masukkan 1 sudu besar minyak masak dan tumis halia bersama bawang putih sehingga wangi.

💡  Masukkan kesemua bahan sos dan kacau sehingga sebati.

💡 Akhir sekali, masukkan daging yang telah digoreng, brokoli dan juga hirisan lada benggala. Masak seketika dan sedia untuk dihidangkan

SELAMAT MENCUBA

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama