Sekarang ni agak susah untuk membeli sate, contohnya dekat tempat admin ni, selalu kalau sate yang admin suka ada dekat daerah lain, tapi sebab tak boleh rentas daerah, tak dapatlah nak merasa sate. Tapi baru-baru ni admin ada ternampak satu resipi sate yang hanya gunakan air fryer sahaja! Biar betul?!
Ya, benar, mengikut perkongsian seorang pengguna Facebook, Riena Eris , beliau membuat sate ayam dan daging dengan hanya menggunakan air fryer sahaja! Nahh, sekarang tak perlu susah-susah lagi nak membakar dengan arang yang panas tu. Guna air fryer sahaja!
BACA JUGA : 10 JENIS AIR FRYER TERBAIK DI PASARAN DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN
SELAMAT MENCUBA
RESIPI SATE AYAM & SATE DAGING GUNA AIR FRYER
Bahan-bahan:
Isi ayam 1kg potong kiub
Daging lembu 1/2 kg potong kiub
Bahan-bahan kisar:
Bawang putih 5
Bawang besar 1
Halia 2 inci
Serai 4
Kisar semua bahan di atas kemudian bahagikan 2 bekas untuk ayam & daging
Campurkan bahan-bahan kisar dengan:
2 sb jintan manis
2 sb jintan putih
2sb serbuk kunyit
1sb serbuk ketumbar
14 sb gula putih (Boleh kurangkan)
3 sb gula merah
Sedikit garam
CARA PENYEDIAAN
1. Perapkn semua bahan-bahan ke dalam ayam dan daging yang dipotong kiub
2. Sebatikan perapan semalaman di dalam peti ais (lagi lama perap lagi sedap)
3. Cucuk satay dengan lidi & bakar dlm air fryer 40 minit suhu 180-200c
*Tips nak dapatkan sate cantik berkilat, balik-balikkan sate dan sapukan madu + air + minyak serai sikit
Guna air perapan sate dan tambahkan:
1. 10 tangkai cili kering di blend & tumis
2. 1 serai ketuk
3. Kacang tanah yg digoreng & kisar
4. Air asam jawa
5. Masak sampai pecah minyak perasakan dgn gula & garam
Kredit Resipi & Gambar: Riena Eris
SELAMAT MENCUBA