Petua dan Tips Hilangkan Karat & Kesan Kerak Pada Kuali, Tak Payah Beli Baru, Confirm Berkilat

 




PETUA & TIPS HILANGKAN KARAT DAN KESAN KERAK DI KUALI


Mereka yang selalu memasak pastinya akan mempunyai kuali yang berkarat atau mempunyai kerak dan hitam. Rasa macam nak toreh-toreh je. Kalau tidak pun mugnkin beli set kuali baru bukan?! 


Tak apa, hari ini admin nak kongsikan petua orang-orang tua dahulu tips bagaimana untuk hilangkan  karat dan kerak pada kuali.


Jangan lupa untuk mencuba tips-tips ini kerana ia pasti menjadi! Tak perlu tukar kuali baru dah!




GUNA ASAM KEPING 


1. Rebus 8 asam keping di dalam periuk yang besar (supaya senang nak rendam kuali atau periuk).

2. Didihkan air asam keping tu sampai mendidih.

3. Masukkan kuali atau periuk di dalam air asam, rendam selama 4-5 minit.

4. Angkat kuali atau periuk, sejukkan lepas itu sental guna sabun dan berus dawai.

5. Masa sental, kurangkan mengunakan air


GUNA SABUN CAP BURUH


Harga sabun cap buruh RM4.50 ada 10 ketul. Sentalkan mengguna sabun tersebut tanpa air. Dan inilah petua dari kedai-kedai India yang jual periuk kuali.


GUNA SABUN MANDI DAN SABUN LABOUR


Dari mula beli kuali, kena rajin sental guna sabun mandi dan sabun labour. Bila sental gunalah penyental aluminium kasa untuk sental kuali tu. Kalau kerak kuali dah tebal sangat, kena ada kesabaran yang tinggi bila sental.


REBUS GUNA KULIT NENAS


Sebaik masak telur rebus, kuali yang lebam hitam akibat rebusan itu boleh dibersihkan dengan kulit nenas.


Caranya:

Rebus kulit nanas. Masa rebus kulit nanas itu biar lebih pada tanda hitam. Ambil kulit nanas tu guna senduk, gosok-gosok. Kemudian sental macam biasa. Boleh kilat semula.


SODA BIKARBONAT


Bahan bahan

Soda bikarbonat secukupnya

Berus dawai

Sedikit air


Cara cara

1. Basahkan kuali dan tabur soda bikarbonat anggaran 2 sudu makan.

2. Ambil berus besi dan gosok kuali anda. Air jangan banyak. Anggaran agak-agak basah sahaja.

3. Teruskan menggosok sehingga kesan jelaga hitam hilang.

4. Basuh dan bilas dengan air. Hasilnya pasti menakjubkan. 


Sumber : Facebook Masakan Berpuaka


SELAMAT MENCUBA

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama