Resipi Tauhu Begedil Paling Senang, Sedap dan Tanpa Banyak Bahan

 

Resipi Tauhu Begedil

Sebenarnya mudah sahaja nak buat tauhu begedil ni. Admin ingatkan resipinya susah, bahan pulak macam banyak digunakan untuk hasilkan tauhu begedil ni. Tapi setelah melihat perkongsian Siti Misyati di laman Facebook, rupa-rupanya bahan yang diperlukan tidaklah banyak malah kosnya tidak mahal. Begitu juga dengan cara penyediaannya yang cukup senang. Mari ikuti perkongsian resipi ini dan selamat mencuba!

RESIPI TAUHU BEGEDIL SEDAP & MUDAH

Resipi Tauhu Begedil

BAHAN-BAHAN :

  • Tauhu pok / tauhu kering secukupnya

Bahan Inti :

  • Ubi kentang - bergantung pada jumlah tauhu yang nak dibuat
  • Bawang Holland - dipotong dadu
  • Daging kisar - lebih banyak kuantiti lebih sedap
  • Daun Sup - dicincang
  • Serbuk lada sulah & serbuk lada hitam secukupnya
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Bahan Salut :

  • Telur Secukupnya
  • Sedikit garam

Resipi Tauhu Begedil

CARA PENYEDIAANNYA :

#1 Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang Holland dan daging kisar sehingga masak. Kemudian masukkan daun sup, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, garam dan perasa dengan secukupnya. Gaul rata dan angkat.

#2 Kupas ubi kentang dan rebus hingga empuk. Tambah sedikit garam kemudian lenyek hingga halus.

Resipi Tauhu Begedil

#3 Satukan daging yang ditumis tadi dengan ubi kentang lenyek. Gaul rata sehingga sebati.

#4 Bulat-bulatkan inti supaya senang untuk disumbat ke dalam tauhu. Buat hingga habis.

Resipi Tauhu Begedil

#5 Sumbat bebola kentang ke dalam tauhu yang dipotong sedikit. Kemudian celupkan tauhu ke dalam bancuhan telur yang telah dipukul dengan sedikit garam. 

Resipi Tauhu Begedil

#6 Goreng hingga keperangan. Angkat dan nikmati bersama sambal kicap. 


Kalau admin, admin suka sambal kicap yang pedas dan power. Barulah berasap telinga bila makan tauhu begedil ni. Berikut adalah cara-cara menyediakan sambal kicap yang power!

RESIPI SAMBAL KICAP

BAHAN-BAHAN:

  • Cili padi hijau - ikut kepedasan yang dikehendaki
  • 4 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Kicap secukupnya
  • Gula dan sedikit garam
  • Minyak untuk menggoreng

Resipi Tauhu Begedil

CARA PENYEDIAAN :

#1 Panaskan minyak dan goreng cili padi, bawang merah dan bawang putih sehingga sedikit layu. 

#2 Angkat dan kisar bahan goreng tadi bersama kicap, gula secukupnya, sedikit garam dan sedikit minyak gorengan tadi. 

#3 Siap untuk dihidangkan bersama tauhu. 


Terima kasih diucapkan kepada puan Siti Misyati kerana sudi berkongsi resipi tauhu begedil mudah dan sedap ini. Pasti mereka yang melihat resipi ini tak sabar nak hasilkan tauhu begedil sendiri bukan? 

SELAMAT MENCUBA

Kredit Resipi & Foto : Siti Misyati 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama