Resipi Kek Sarang Semut / Gula Hangus Versi Kukus Mudah & Sedap!


Resipi Kek Sarang Semut / Gula Hangus Versi Kukus Mudah & Sedap!

Admin ada soalan, pernah tak anda cuba makan kek sarang semut?  Tak pernah? Kalau kek gula hangus, pernah tak? Sebenarnya keduanya adalah kek yang sama cuma nama sahaja yang berbeza.  Admin pasti ramai yang sudah cuba dan menggemarinya. Oleh itu, kali ini admin nak berkongsi resipi Kek Sarang Semut / Gula Hangus versi Kukus yag mudah sahaja, dikongsikan oleh Empayar Annur.

Bahan yang diperlukan pun agak mudah sahaja, bolehlah dihidangkan untuk minum petang bersama keluarga dan sebagainya. Selamat mencuba ya!

RESIPI KEK SARANG SEMUT/ GULA HANGUS VERSI KUKUS

Resipi Kek Sarang Semut / Gula Hangus Versi Kukus Mudah & Sedap!


BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 sudu makan marjerin
  • 4 biji telur gred B
  • 3/4 cawan susu pekat manis - boleh guna 1/2 cawan jika inginkan kurang manis
  • 2 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
  • 1 penutup botel esen vanilla

CARA PENYEDIAANNYA : 

Resipi Kek Sarang Semut / Gula Hangus Versi Kukus Mudah & Sedap!

#1 Cairkan gula menggunakan api sederhana sehingga hangus keperangan. Kecilkan api dan tuang air panas sedikit demi sedikit sehingga habis. Kacau dan masak menggunakan api perlahan sahaja sehingga gula hangus dan air jadi sebati.

#2 Masukkan marjerin. Kacau sehingga larut. Padamkan api dan biar adunan seketika.

#3 Masukkan telur ke dalam mangkuk. Kemudian kacau manja supaya telur kuning pecah sahaja. 

#4 Tambahkan susu pekat manis dan esen vanilla. Kacau lagi hingga sebati.

#5 Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan baking powder.

#6 Satukan gula hangus ke dalam bekas berisi adunan telur tadi. Kacau rata.

Resipi Kek Sarang Semut / Gula Hangus Versi Kukus Mudah & Sedap!

#7 Masukkan campuran tepung yang diayak tadi. Adun sehingga sebati. 

#8 Alas loyang dengan kertas minyak dan griskan sekeliling loyang dengan marjerin.

#9 Panaskan periuk kukus hingga mendidih sebelum dimasukkan loyang berisi adunan kek tadi. 

#10 Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jika nak bakar, panaskan ketuhan pada suhu 170 °C dan bakar selama 45 minit atau sehingga masak. Masa mungkin berbeza mengikut jenis ketuhar masing-masing.


Resipi Kek Sarang Semut / Gula Hangus Versi Kukus Mudah & Sedap!

Mudah bukan? Untuk mereka yang mungkin lebih suka membuat kek ini menggunakan ketuhar, anda boleh ikut juga resipi diatas. Hanya cara penyediaan yang sedikit berbeza sahaja. Kek sarang semut/ gula hangus ni memang antara kek favourite admin sebab senang sahaja nak sediakan. Anak-anak kecil pun suka kek ni ya! 

SELAMAT MENCUBA

Sumber Resipi & Foto : Empayar Annur

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama