Resipi Biskut Ulat Bulu Comel dan Sedap



RESIPI BISKUT ULAT BULU

Bahan-bahan :

🐛300gm tepung gandum
🐛150gm tepung jagung
🐛50gm susu tepung( Biasa saya guna nespray)
🐛180gm minyak sapi
🐛100gm mentega
🐛100gm gula icing
🐛Perisa pandan hijau
🐛Buah kurma yang dipotong memanjang, lebih kurang 6 hirisan daripada 1 biji buah kurma (Boleh jg guna jem kurma, tapi, agak leceh utk dibentuk)
🐛Castor sugar (Hiasan..tabur diatas biskut)

Cara Penyediaannya : 

👉Putar gula icing & mentega hingga sebati. Kemudian masukkan minyak sapi, perisa pandan dan susu tepung.

👉Putar hingga sebati. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum, uli dengan tangan hingga sebati. Selalunya tepung gandum diletak kemudian dan bergantung pada adunan.

👉Kalau sudah dapat dibentuk tidak perlu habiskan 300gm. Selepas itu, bentuk doh sekecil ibu jari, dan letakkan satu hiris buah kurma, kemudian bentuk memanjang. Tekan atasnya dengan garfu untuk bentuk ulat.

👉Masukkan kedalam loyang dan bakar pada suhu 160-180. Agak sukar utk menentukan biskut ini masak atau tidak sebab walaupun sudah masak biskutnya masih lembut, tapi, kalau sudah letak diluar, ia akan mengeras sendiri.

👉Untuk menentukan dah masak lihat dibawah biskut agak kekuningan. Sesudah diangkat dari oven taburkan castor sugar diatasnya sebagai hiasan.

SELAMAT MENCUBA

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama