Resipi Kuih Cucur Badak Mudah dan Senang


RESIPI KUIH CUCUR BADAK 

Bahan-bahan :

Untuk inti:

🍪½ biji kelapa parut
🍪100 gram udang kering (rendam dan kisar)
🍪1 ulas bawang putih
🍪3 biji bawang merah
🍪7 tangkai lada merah
🍪1 cm halia
🍪1 batang serai
🍪1 sudu teh serbuk kunyit
🍪2 sudu makan gula
🍪½ sudu teh garam
🍪2 sudu makan minyak masak

Untuk doh:

🍥250 gram keledek (rebus dan lenyek)
🍥3 ½ sudu makan tepung gandum
🍥½ sudu teh garam
🍥½ kg minyak masak (untuk menggoreng)

Cara Penyediaan : 

Untuk inti:

👉 Panaskan minyak. Masukkan semua bahan yang telah dikisar. Masak hingga menggelegak.
👉 Masukkan kelapa. Kacau rata. Tutup api dan ketepikan.

Untuk kuih:

👉 Gaul rata semua bahan doh kecuali minyak masak membentuk doh. Tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat.
👉 Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat sebesar bola golf. Isikan inti di tengah tengahnya.
👉 Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
👉 Goreng doh yang telah diisi inti sehingga keemasan. Angkat dan tos.

SELAMAT MENCUBA

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama