Resipi Siakap Tiga Rasa Mudah dan Cepat!

RESIPI IKAN SIAKAP TIGA RASA 

Bahan-Bahan:

🐟1 ekor ikan siakap [dibersihkan dan kelarkan]
🐟 garam dan kunyit
🐟 sedikit tepung jagung - utk melumur ikan

Bahan untuk sos:

🐟 4 ulas bawang merah (dimayang)
🐟 1 labu bawang besar (di mayang)
🐟 3 ulas bawang putih (dimayang)
🐟 1 cm halia (dihiris halus)
🐟 1/2 cawan sos tomato

🐟 4 sudu besar sos cili
🐟 2 biji cili merah (dipotong nipis)
🐟 6 tangkai cili padi merah ( di potong2 kecik - untuk rasa pedas)
🐟 1/2 cawan air.
🐟 1 biji tomato (belah 6)

🐟 1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
🐟 garam dan gula secukup rasa
🐟 minyak utk menggoreng ikan dan menumis

Cara Penyediaannya : 

πŸ’“ Ikan dilumurkan garam dan kunyit. Lumur sedikit tepung jagung keseluruhan ikan. Gorengkan sehingga masak/garing. Terbalikkan dua-dua belah supaya masak rata. Angkat, toskan dan ketepikan.

πŸ’“Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia. 

πŸ’“ Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.

πŸ’“ Masukkan juga cili potong, garam dan gula.

πŸ’“ Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digorengkan tadi.

πŸ’“ Hiaskan dengan daun sup & bawang dan hidangkan

SELAMAT MENCUBA

Post a Comment

Previous Post Next Post