Kalau datang musim durian, mesti ramai yang suka durian tu dibuat jadi tempoyak kan? Bila jadi tempoyak pulak, mesti terliur nak makan ikan patin masak tempoyak! Okay, perkongsian kali ini adalah dari Nisa Cheeszif HQ, resipi ikan patin masak tempoyak yang mudah, resipi asli dari Termerloh. Selamat mencuba ya guys!
RESIPI IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN :
✅Ikan patin segar.
✅Tempoyak ikut suka
✅Cili padi 15 biji.
✅Kunyit hidup seinchi.
✅Daun Kesum.
✅Bunga Kantan.
✅Air.
✅Timun kuning atau bendi sebagai pelengkap.
CARA PENYEDIAAN :
1. Cuci bersih ikan kemudian letak dalam periuk.
2. Tumbuk cili dan kunyit.
3. Setelah kedua-dua bahan lumat, bubuh tempoyak. Gaul sebati. Masukkan ke dalam periuk ikan tadi. (Kalau mahu kuah pekat bubuh tempoyak lebih banyak).
4. Masukkan daun kesum dan bunga kantan.
5. Masukkan air. Masak sampai menggelegak.
6. Boleh masukkan timun kuning atau bendi sebagai pelengkap untuk menambah sedap.
7. Masukkan garam dan aji sebagai perasa
KREDIT : Nisa Cheeszif HQ
SELAMAT MENCUBA
Tags:
resipiikan