Resipi Ayam Buttermilk Tanpa Banyak Bahan. Sedap dan Tak Muak!

 Resipi Ayam Buttermilk Tanpa Banyak Bahan. Sedap dan Tak Muak!


Terliur kan bila sebut ayam buttermilk. Siapa disini yang suka makan ayam buttermilk macam admin? Okay, kalau suka jom ikuti perkongsian oleh Rosni Musa dengan resipi ayam buttermilknya. Resipi ini cukup mudah, ringkas sahaja dan bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak. Selamat mencuba!

RESIPI AYAM BUTTERMILK MUDAH TANPA BANYAK BAHAN!

BAHAN-BAHAN

👉Isi ayam secukupnya

👉2 ulas bawang putih dicincang

👉1 sudu makan mentega

👉4 tangkai daun kari

👉2 biji cili api dihiris

👉Tepung goreng serbaguna secukupnya

👉300ml susu segar

👉Garam, gula dan perasa secukupnya


CARA PENYEDIAAN :-


1. Ayam dipotong kecil. Kemudian masukkan ke dalam bekas dan taburkan tepung goreng serbaguna dengan secukupnya.



2. Gaul rata hingga ayam bersalut dengan tepung.



3. Panaskan minyak. Goreng ayam sehingga garing.


4. Angkat dan toskan.


5.Panaskan mentega di dalam kuali.


6. Masukkan bawang putih, cili api dan daun kari. Tumis sehingga naik bau.


7. Bila bahan tumis kelihatan sedikit garing, masukkan susu segar. Jika tiada, boleh guna susu cair atau susu penuh krim. Bergantung pada citarasa masing-masing.



8. Perasakan dengan sedikit garam. Pastikan guna sedikit sahaja kerana tepung goreng serbaguna sudah mempunyai rasa masin.


9. Tambahkan juga sedikit perencah Cukup Rasa dan sedikit gula. Kacau rata.



10. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi.


11. Kacau dan renehkan sekejap supaya ayam dan kuah sebati dan meresap.



12. Padamkan api dan angkat. Ayam Buttermilk siap untuk dinimati.


KREDIT : Rosni Musa


SELAMAT MENCUBA

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama