Resipi Ayam Panggang Black Pepper Menggunakan Air Fryer

 

Resipi Ayam Panggang Black Pepper Menggunakan Air Fryer

Teringin nak makan ayam panggang? Okay, kalau anda ada air fryer di rumah, anda boleh buat sendiri sahaja! Ya ! Cara penyediaan dan juga bahan-bahan yang diperlukan tidaklah susah. Perkongsian oleh Muhd Adib Danial ini memberikan resipi ayam panggang blackpepper yang mudah sahaja menggunakan air fryer! Selamat mencuba!


RESIPI AYAM PANGGANG BLACK PEPPER GUNA AIR FRYER


Resipi Ayam Panggang Black Pepper Menggunakan Air Fryer



BAHAN-BAHAN


👉1 ekor ayam 

👉1 sudu makan sos cili

👉1 sudu makan sos tiram

👉1 sudu teh serbuk  Cukup Rasa

👉2 sudu besar lada hitam

👉1 sudu makan garam

👉1 sudu makan kicap pekat

👉1 sudu makan kicap masin

👉5 ulas bawang putih / serbuk bawang putih


CARA PENYEDIAAN


#1 Gabungkan semua bahan dan kacau sehingga sebati.


#2 Lumurkan bahan-bahan tersebut pada ayam dengan rata. Lumurkan juga pada bahagian dalam ayam. 


#3 Perap ayam selama 1 malam atau minimum selama 5 jam. 


#4 Masukkan ayam ke dalam air fryer dan masak untuk 10 minit pertama dengan menggunakan suhu 180 C. Ia bertujuan untuk dapatkan warna kulit ayam yang garing dan cantik.


#5 Seterusnya, turunkan suhu air fryer ke paras 160 C dan biarkan ayam didalamnya selama 40 minit.


#6 Kemudian, alihkan / pusingkan kedudukan ayam depan dan belakang. Ia bertujuan untuk memastikan ayam masak dengan sekata.


#7 Angkat dan ayam panggang anda sudah sedia untuk dijamah. 


>> BELI AIR FRYER DI SINI ! <<


SELAMAT MENCUBA!


KREDIT RESIPI & FOTO : MUHD ADIB DANIAL

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama