Pasti ramai yang gemarkan Nasi Ayam Penyet bukan? Hidangan yang lengkap dengan tempe, tauhu, ulaman, nasi putih, ayam goreng dan sambal yang pedas memang sangat sedap untuk dimakan! Admin sendiri suka dengan menu nasi ayam penyet, tapi tempat yang selalu admin pergi tu dah tutup. Nasib baik ada terjumpa perkongsian daripada Mashitah Mas mengenai resipi Nasi Ayam Penyetnya yang nampak sangat menyelerakan. Jom ikuti resipi ini!
RESIPI NASI AYAM PENYET
BAHAN-BAHAN AYAM PENYET:
- 1 ekor ayam bersaiz kecil
- 4 biji bawang merah - dikisar
- Sedikit halia - dikisar
- Sedikit lengkuas - dikisar
- Sedikit kunyit - dikisar
- 1-2 batang serai - diketuk
- 2-3 helai daun salam
- air secukupnya
- minyak untuk menumis
BAHAN SALUTAN TEPUNG:
- 1 cawan tepung beras
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh jintan manis - ditumbuk
- 1 sudu teh jintan putih - ditumbuk
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- Garam secukup rasa
- Kiub pati ayam secukupnya
- Sedikit lada hitam tumbuk
- Air secukupnya
CARA PENYEDIAANYA :
#1 Kisar bawang merah, bawang putih, sedikit halia, sedikit lengkuas dan sedikit kunyit.
#2 Panaskan minyak. Tumis bahan kisar bersama serai dan daun salam.
#3 Bila dah wangi, masukkan ayam dan tuang air sehingga ayam tenggelam.
#4 Masukkan garam dan kiub pati ayam. Biar hingga ayam masak sepenuhnya. Angkat dan toskan air sehingga kering.
#5 Untuk menyediakan bancuhan tepung, satukan semua bahan dan kacau sebati.
#6 Tuangkan air dan akcau bancuhan biar mendapat tekstur yang pekat seperti santan pekat.
#7 Ambil ayam yang telah ditoskan tadi, celupkan dalam bancuhan tepung dan goreng garing.
#8 Bila dah masak, angkat dan lenyekkan menggunakan lesung.
#9 Celupkan juga tauhu dan tempe yang telah dipotong. Goreng sehingga garing.
#10 Hidangkan ayam penyet bersama nasi putih panas, tempe, tauhu yang digoreng, kubis, kacang panjang dan sambal ayam penyet. Sedia untuk dihidangkan.
Eh, kejap ye, belum siap lagi nasi ayam penyet anda. Nasi ayam penyet tidak lengkap jika tiada sambal yang power dan betul-betul menyengat. Ya, benar ada pelbagai jenis sambal di pasaran yang anda boleh beli, tetapi lebih seronok bila boleh dibuat sendiri. Anda boleh masukkan kuantiti bahan-bahan mengikut citarasa anda.
RESIPI SAMBAL AYAM PENYET
BAHAN-BAHAN:
- Ikan bilis
- Bawang merah
- Cili padi
- Cili merah
- Tomato
- Belacan bakar
- Gula dan garam secukupnya
- Jus limau nipis secukupnya
- Sedikit gula melaka
Semoga dengan adanya resipi Nasi Ayam penyet ini dapatlah anda menghidangkannya untuk seisi keluarga. Tak perlu lagi untuk keluar beli di luar, buat sahaja di rumah. Lebih sedap dan mudah!
SELAMAT MENCUBA
Sumber Resipi & Foto : Mashitah Mas