Pencinta laksa utara sila hadirkan diri! Ya, mesti ramai kan yang suka makan laksa utara. Admin sendiri pun antara penggemar laksa utara. Kalau sewaktu perayaan ramai jgua yang menjadikan laksa utara sebagai juadah utama selain ketupat, rendang dan sebagainya.
Baiklah, untuk anda yang teringin mencuba menyediakan laksa utara sendiri, bolehlah lihat resipi ini yang dikongsikan oleh Miya Aira. Resipi yang sangat lengkap. Mudah sahaja sebenarnya asalkan anda ikut semua step yang diberikan. Selamat mencuba!
RESIPI LAKSA UTARA PASTI MENJADI & SEDAP!
BAHAN-BAHAN :
- 1/2 kg ikan sardin segar
Bahan A
- 2 biji bawang besar = dipotong 4
- 5 biji cili padi = pilihan
- 2 biji cili merah besar = dipotong 3
- segenggam cili kering = direbus
- sedikit belacan = pilihan
*Jika mahu pedas, lebihkan cili kering
Bahan B
- 2 kuntum bunga kantan = dibelah dua & ambil sekali dengan batang
- secekak daun kesum
- 2 keping asam gelugor
CARA PENYEDIAAN :
#1 Rebus kosong ikan sardin yang telah disiap cuci bersih. Ambil isi dan asingkan tulang temulang. Kisar isi ikan jangan terlalu hancur. Kemudian, gunakan air rebusan ikan untuk mengisar. Ketepikan.
#2 Kemudian, masukkan tulang ikan ke dalam pengisar. Masukkan air rebusan ikan dan kisar sehingga hancur. Tapis dan masukkan ke dalam bekas berasingan dengan kisaran isi ikan tadi.
#3 Untuk menyediakan kuah pula, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan A sehingga garing. Kemudian masukkan bahan B. Gaul rata.
#4 Kemudian, masukkan isi ikan yang telah dikisar. Gaul lagi sehigga sebati.
#5 Masukkan air kisaran tulag ikan yang telah ditapis. Kacau rata.
#6 Tambah lebihan air rebusan ikan yang telah ditapis. Kepekatan bergantung pada cita rasa masing-masing. Kacau dan biarkan mendidih Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Biarkan mendidih.
#7 Sambil tunggu kuah laksa siap, didihkan air dan rebus laksa serta telur sehingga masak. Setelah laksa empuk dan kenyal, toskan airnya.
*Resipi ini sesuai dihidangkan untuk 5-6 orang makan.
Bagaimana? Mudah bukan, jangan lupa untuk kongsikan pengalaman anda memasak laksa dan juga share artikel ini kepada rakan-rakan.
RUJUKAN RESIPI & GAMBAR | MIYA AIRA
SELAMAT MENCUBA