Resipi Bihun Ladna Mudah dan Sedap



RESEPI BIHUN LADNA 

Bahan-bahan : 

🍝500gm mihun | direndam
🍝100gm udang
🍝100gm isi ayam | dipotong
🍝50gm sawi
🍝50gm lobak merah
🍝1 sudu kecil lada hitam

🍝3 biji bawang merah | dicincang
🍝2 ulas bawang putih | dicincang
🍝30gm daun bawang dan daun sup | dicincang
🍝2 biji cili padi
🍝1 sudu teh stok pati ayam

🍝1/2 sudu teh kicap
🍝1 sudu makan tepung jagung | untuk memekatkan kuah
🍝2 sudu makan sos tiram
🍝20gm bawang goreng
🍝Air secukupnya
🍝Minyak masak secukupnya

Cara Penyediaan :-

👉 Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali dan masukkan bihun bersama kicap. Gaulkan hingga rata dan masukkan ke dalam pinggan. Ketepikan.

👉 Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.

👉 Kemudian masukkan ayam bersama udang. Biarkan seketika.

👉 Masukkan air, sos tiram dan juga lada hitam. Kacau rata dan biarkan mendidih.

👉 Apabila mendidih, masukkan sawi dan juga lobak merah. Biarkan lembut seketika.

👉 Perasakan dengan garam dan stok ayam serta sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuahnya. 

👉 Kacau rata.

👉 Apabila mendidih dan kuahnya menjadi pekat, tuangkan ke dalam pinggan berisi bihun tadi.

👉 Taburkan daun bawang, daun sup serta bawang goreng di atasnya sebelum dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama