Resipi Mini Pavlova Sedap dan Mudah


RESIPI MINI PAVLOVA

Bahan-bahan :
🍓Meringue Pavlova ( yang berwarna putih tu )
🍓6 biji telur ( bahagian putih telur )
🍓1 cawan ( 200gram ) gula castor
🍓1 sudu kecil esen vanila
🍓2 sudu cuka putih
🍓1 sudu tepung jagung / cornstarch

Bahan hiasan :
🍓Krim putar
🍓Buah-buahan
🍓Coklat cair

Cara Penyediaannya : 

👉 Panaskan oven sehingga 250 darjah celcius. Letakkan cookie sheet/ cooking sheet di atasnya.

👉 Di dalam mixer, ( kelajuan sederhana ) , pukul putih telur sehingga berbusa/ berbuih putih. Kemudian tambahkan gula sedikit demi sedikit dan pukul/putar pada kelajuan tinggi sehingga bahan tadi sebati dan menjadi meringue. Pastikan meringue tadi padu dan berkilat.

👉 Kemudian, masukkan esen vanila, cuka dan juga tepung jagung di atas sebatian meringue tadi. Menggunakan senduk, gaul rata bahan tadi perlahan-lahan.

👉 Menggunakan sudu/senduk, letakkan meringue di atas cooking/cookie sheet tadi dengan berhati-hati mengikut saiz yang anda suka. Pastikanbahagian tengah meringue agak leper,jadi mudah untuk anda meletak krim putar di atasnya nanti apabila nak menghias pavlova anda.4. Bakar selama 60-75 minit sehingga bahagian luar kering dan agak rapuh dan warna bertukar menjadi putih krim pudar. Tutup ketuhar anda dan biarkan ia sejuk dengan suhu bilik.

👉 Bahagian luar meringue akan berasa lembut apabila disentuh atau jika ditekan perlahan-lahan,. Ia akan meretak sedikit kerana ia menyejuk pada suhu bilik tetapi jangan risau, tekstur dalam meringue itu sendiri akan menjadi lembut dan seperti marshmellow apabila dimakan.

👉 Anda boleh hiaskan meringue anda dengan krim putar dan buah-buahan mengikut kesukaan anda. Anda juga boleh gunakan coklat cair untuk dimakan bersama meringue pavlova anda.

SELAMAT MENCUBA

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama