Kerang merupakan salah satu makanan yang admin sangat suka. Banyak juga menu-menu berasaskan kerang yang merupakan favourite admin. Kalau malas sangat, buat kerang rebus cicah dengan sos sahaja pun sudah memadai. Tetapi bahagian yang agak leceh adalah nak bersihkannya.
Kadang-kadang penuh dengan lumpur dan ada kotoran degil. Susah pula nak bersihkan. Takkan nak kena guna sabun pencuci pulak? Oleh itu, kali ini adalah perkongsian untuk anda, penggemar kerang dimana ada 7 bahan yang anda boleh gunakan untuk mencuci kerang sehingga bersih agar dapat dimakan dengan selamat. Selamat mencuba!
BERSIHKAN KERANG DENGAN 7 BAHAN INI! BERSIH DAN SELAMAT
#1 SERAI
#2 HAMPAS KELAPA
Hampas kelapa jangan dibuang begitu sahaja. Ia boleh digunakan untuk membersihkan kerang. Caranya ialah gaul kerang dengan hampas kelapa. Biarkan selama 1 jam. Lebih banyak hampas digunakan, lebih mudah kulit kerang dibersihkan.
#3 DAUN UBI
Mudah sahaja, ambil beberapa helai daun ubi dan carik-carikkan. Kemudian ramas di dalam bekas berisi kerang.
#4 DAUN BETIK
Sama seperti menggunakan daun ubi. Ramas daun betik dan rendam seketika. Hasilnya kerang akan menjadi bersih.
#5 GARAM
Masukkan garam kasar ke dalam besen berisi kerang. Tambahkan air dan rendam selama 30 minit dan bilas bersih. Hasilnya isi kerang tidak berlumpur dan bersih. Sebaiknya gunakan garam kasar.
#6 PELEPAH PISANG
Cara ini berkesan untuk membersihkan kulit kerang yang kotor. Ambil pelepah pisang dan buang daunnya. Hanya ambil batang pelepah sahaja. Jika panjang, potong kepada 2 bahagian. Masukkan ekrang ke dalam besen dan sental kerang. Ulang langkah yang sama sehingga kulit kerang kelihatan bersih.
#7 ASAM KEPING
Masukkan beberapa kering asam keping gelugur ke dalam rendaman ekrang. Biarkan selama 1 jam dan bilas sehingga bersih.
SELAMAT MENCUBA
Kredit Fakta & Foto : Bersih Kerang \ Google Image