Resipi Bihun Sup Ayam Senang dan Sedap

Antara menu yang popular di Malaysia sudah tentulah menu Bihun Sup. Boleh dikatakan dimana-mana pasar malam, kedai makan, restoran dan sebagainya mempunyai bihun sup dalam senarai menunya. Macam admin, kalau waktu raya dan sebagainya, mesti ada jiran-jiran yang akan jadikan menu bihun sup sebagai salah satu juadah raya mereka.

Baiklah, bagi mereka yang tercari-cari resipi untuk membuat bihun sup, inilah resipi untuk anda. Yang pasti bahan yang diperlukan tidaklah banyak dan cara memasak juga cukup mudah. Selamat mencuba ya!

 RESIPI BIHUN SUP AYAM SENANG & SEDAP

BAHAN-BAHAN :

  • 1 bungkus bihun , direndam hingga lembut
  • 1/2 kg ayam , dipotong kecil
  • 1/2 biji lobak putih, dihiris
  • Hirisan daun bawang & daun sup secukupnya
  • Minyak untuk menumis secukupnya
  • Tauge secukupnya , dicelur
  • Sawi secukupnya , dihiris dan dicelur
  • Air secukupnya

Bahan Kisar

  • 5 biji bawnag merah
  • 5 biji bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 sudu teh jintan manis

Rempah 4 Sekawan

  • 5 butir bunga cengkih
  • 5 butir buah pelaga
  • 2 butir bunga lawang
  • 2 batang kayu manis

CARA PENYEDIAANNYA 

#1 Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan rempah empat sekawan dan bahan kisar sehingga pecah minyak.

#2 Seterusnya masukkan ayam, lobak putih dan air. Rebus sehingga ayam empuk. 

#3 Perasakan dengan garam secukup rasa. Padamkan api.

#4 Sediakan sebuah mangkuk, masukkan bihun, tauge dan sawi ke dalamnya. Kemudian, tuangkan kauh sup bersama hirisan ayam dam lobak ke atasnya. 

#5 Hiaskan dengan hirisan daun bawang dan daun sup. Jika sukakan rasa pedas, boleh tambah sambal cili dan juga kacang tumbuk. Hidangkan panas-panas. 

SELAMAT MENCUBA

Memang mudah bukan? Selepas ini anda bolehlah mencuba resipi ini dirumah. Untuk mereka yang bujang pun sudah boleh cuba resipi ini sendiri kerana cara penyediaan yang cukup mudah dan senang. 


RUJUKAN : BIHUN SUP

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama