Resipi Ayam Panggang Mudah dan Sedap



RESEPI AYAM BAKAR/PANGGANG
Bahan-bahan : 

🐔1 Ekor ayam dipotong dan dibersihkan

Bahan A (Bahan Kisar)
🐔3 - 4 Biji bawang besar
🐔4 - 5 Ulas bawang putih
🐔1 Halia sebesar ibu jari
🐔3 batang serai
🐔2 Lengkuas sebesar ibu jari
🐔1 kuntum bunga kantan
🐔10 Helai daun kelsom
🐔10 Batang lada kering (ikut kepedasan)
🐔4 Helai daun limau purut
🐔Kunyit hidup sebesar ibu jari
🐔2 sudu ketumbar biji
🐔1 sudu jintan kasar
🐔Sedikit belacan

Bahan-bahan A haruslah dikisar halus
# Letakkan 3 sudu minyak masak semasa mengisar


Bahan B
🐔1 Senduk sos cili
🐔Garam secukup rasa
🐔Gula 2 sudu ( ikut kesukaan anda)

Bahan C
🐔Daun pisang secukupnya

Cara Penyediaannya :

👉Bahan kisar dimasukkan ke dalam kuali, kemudian panaskan dengan sedikit minyak.

👉Masukkan ayam yang telah dibersihkan sehingga agak-agak kering.

👉Pastikan secukup rasa garam dan gulanya.

👉Padamkan api, masukkan sos cili sekali.

👉Ambil daun pisang dan masukkan ayam ke dalam daun pisang.

👉Masukkan sambal ayam yang dimasak sebentar tadi, lumurkan di depan da belakang ayam.

👉Kemudian lipat daun pisang.

👉Masukkan ayam ke dalam kuali non-stick, kemudian tutup. Kecilkan api, dan bila dah masak, bleh diangkat.
SELAMAT MENCUBA

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama