RESIPI GULAI IKAN TONGKOL
Bahan-bahan A (dikisar)
🍛1 labu bawang besar
🍛 3 ulas bawang putih
🍛 10 tangkai cili kering
🍛 2 inci lengkuas
🍛 2 inci kunyit
🍛 1 inci halia
🍛 1 inci belacan
Bahan-bahan B
🍛1 ekor ikan tongkol
🍛 3 keping asam gelugur
🍛 2 mangkuk santan
🍛 2 biji lada besar (dibelah dua)
🍛 1 sudu makan kerisik
🍛 gula melaka dan garam
Cara Penyediaannya :
👉Rebus ikan tongkol dengan sedikit air bersama gula melaka dan asam gelugur sehingga sedikit kering. Kemudian padamkan api.
👉Tumis kesemua bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
👉Masukkan santan kacau sehingga sebati kemudian biarkan sehingga pecah minyak.
👉Apabila kuah agak pekat masukkan kerisik dan ikan tongkol yang telah direbus tadi bersama lada besar sehingga kuah mendidih dan tutup api.
👉Sedia untuk dihidang.
SELAMAT MENCUBA
Tags:
resipikari