RESIPI KUIH ONDE-ONDE / BUAH MELAKA
Bahan-bahan:
💓1 bungkus tepung beras pulut
💓Air daun pandan
💓2 ketul gula melaka ~ dipotong kecil-kecil utk intinya
💓Kelapa parut ~ digaul dengan sedikit garam halus
💓Air secukupnya - Sebagai rebusan
Cara penyediaan:
👉 Bancuh tepung beras pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dibentuk.
👉 Ambilkan adunan tadi sebesar ibu jari dan leperkan.
👉 Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. uli biar bulat.
👉 Panaskan air hingga mendidih.
👉 Masukkan adunan yang telah di uli menjadi bebola .
👉 Bila ondeh-ondeh timbul bolehlah ianya diangkat dan toskan dalam tapisan.
👉 Gaulkan dengan kelapa parut yang telah di masukkan garam tadi.
👉 Siap untuk dihidang pada waktu berbuka nanti.
SELAMAT MENCUBA
Tags:
resipikuih