Resipi Sotong Goreng Tepung Rangup dan Sedap



RESIPI SOTONG GORENG TEPUNG RANGUP 

Bahan-bahan :

💧 4 ekor sotong berukuran besar - potong bulat & nipis
💧 3/4 cawan tepung gandum
💧 1 sudu kecil baking powder
💧 1/8 sudu kecil garam
💧 1 sudu besar minyak masak
💧 sedikit pewarna kuning - agar warna tepung kekuningan
💧 air secukupnya - lebih kurang 1 cawan
💧 minyak untuk mengoreng
💧 1 sudu besar tepung lagi - untuk lumur pada sotong

Cara Penyediaan : 
👉 Toskan dulu sotong bagi betul-betul kering, kemudian lumurkan sotong dengan tepung. Ia bagi menghilangkan bau hanyir pada sotong. Ketepikan.

👉 Masukkan semua bahan-bahan dalam mangkuk, kecuali air dan pewarna. Kemudian masukkan air sikit-sikit sambil dikacau agar adunan tidak berketul. Masukkan pewarna dan kacau sebati. Adunan ini tidak terlalu cair, pekat sedikit berbanding menyediakan bancuhan lempeng atau kuih ketayap.

👉 Biarkan bancuhan tepung seketika anggaran 5 - 7 minit. Kemudian, celup sotong ke dalam tepung hingga menyaluti sotong sepenuhnya.

👉Panaskan minyak dan celup sotong satu-satu dalam tepung dengan pegang perlahan-lahan. Kemudian digoreng dengan api sederhana hingga kekuningan. Angkat dan toskan.

👉 Siap untuk dihidangkan.

Tips Sotong Goreng Rangup

⭐ Goreng dengan minyak yang penuh. Jika kurang minyak, sotong akan lembik dan berminyak. Sebaik sotong masak kekuningan, toskan dalam penapis terlebih dahulu sebelum diletakkan di dalam piring.

⭐ Tambahkan dengan baking powder atau tepung jagung untuk hasil yang lebih rangup.

SELAMAT MENCUBA

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama