Resipi Kentang Putar Mudah dan Sedap


kentang putar mudah

RESIPI KENTANG PUTAR MUDAH 

Kentang putar merupakan antara makanan yang disukai ramai termasuklah budak-budak kecil sehinggalah ke mereka yang dewasa. Sememangnya banyak restoran makanan segera dan juga gerai yang menjual kentang putar di luar, tetapi tidak salah kiranya untuk anda mencuba membuat sendiri kentang putar dirumah untuk dimakan bersama seisi keluarga.  Mari ikuti resipi kali ini ya! 😃

SENARAI BAHAN-BAHAN ( UNTUK 5 ORANG MAKAN) 


Bahan A ( Kentang Putar ) 

🍀5 biji kentang perlu dibuang kulit dan dipotong kepada empat bahagian
🍀Sedikit lada hitam (Jika anda mahu lebih rasa pedas, boleh letak dalam kuantiti yang lebih banyak) 
🍀Garam secukup rasa
🍀1 sudu susu pekat manis

Bahan B  ( Sos ) 

🍀4 sudu besar tepung gandum
🍀5 sudu besar mentega
🍀Sedikit lada

kentang putar mudah


CARA PENYEDIAANNYA 


#1 Rebus ubi kentang sehingga empuk, kemudian masukkan garam sedikit. 

#2 Tos kan air kemudian lenyekkan kentang tersebut. Anda boleh gunakan hand mixer dan putar kentang  tersebut sehingga halus.

#3 Kemudian setelah siap dilenyek, masukkan pula lada hitam dan susu.  Okay, kentang dah siap, kemudian penyediaan untuk sos pula. 

#4 Rebus bawang merah, lobak merah dan kiub ayam selama kira-kira 10 minit.

#5 Toskan air rebusan tadi, kemudian masukkan mentega ke dalam api dengan api yang kecil. 

#6  Kemudian, masukkan tepung gandum dan kacau supaya tidak bergentel. .

#7 Kemudian, masukkan air rebusan tadi, bersama dengan lada hitam, sos tiram dan beberapa titik kicap pekat. Kacau -kacau dan sudah siap! 

Mudah sahaja bukan? In shaa Allah selepas ini anda sudah boleh membuat sendiri kentang putar dirumah. Anda boleh variasikan rasa dan juga kentang putar dirumah anda selepas mengetahui cara-cara menyediakan kentang putar ini. 

Untuk ketahui resipi-resipi lain, anda boleh lihat dan klik link dibahagian atas dan juga di bahagian tepi. Jangan lupa untuk kongsikan resipi ini ya!

SELAMAT MENCUBA


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama