Resipi Gulai Ayam Kuning Pasti Sedap!


Resipi Gulai Ayam Kuning Pasti Sedap!

RESIPI GULAI AYAM KUNING

Kali ini admin nak berkongsi dengan anda satu resipi yang istimewa iaitu resipi gulai ayam kuning. Masakan ayam di Malaysia secara umumnya memang sangat digemari. Ayam dimakan dengan hanya digoreng pun sudah cukup sedap dinikmati. Untuk resipi kali ini, anda akan didedahkan dengan cara-cara menyediakan gulai ayam kuning yang cukup mudah dan rasanya pasti sedap! 


BAHAN-BAHAN

🍝 1/2 Ekor ayam
🍝 4 Biji bawang merah
🍝 1 Inci halia
🍝 10 biji cili api
🍝 2 Inci kunyit hidup

🍝 1 Cawan santan
🍝 Garam dan sedikit gula
🍝 1 Helai daun kunyit
🍝 2 Batang serai
🍝 1 Biji tomato
🍝 2 Keping asam gelugor

LIHAT JUGA : RESIPI AYAM MASAK WANGI

CARA PENYEDIAANNYA 

#1 Ayam dipotong lapan bahagian dicuci sehingga bersih dan airnya ditoskan. 

#2 Kemudian, kisar bawang merah, halia, cili api dan kunyit hidup bersama sedikit air.

#3 Seterusnya, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau.

#4 Masukkan asam gelugor dan juga serai yang telah dititik dan perasakan dengan sedikit gula.

#5 Apabila bahan-bahan yang ditumis sudah naik bau, masukkan ayam dan dikacau rata. Kemudian, masak sehingga ayam empuk.

#6 Apabila ayam sudah separuh masak, masukkan santan dan biarkan sehingga pecah minyak.

#7 Akhir sekali, masukkan daun kunyit, buah tomato dan perasakan dengan garam.


Resipi Gulai Ayam Kuning Pasti Sedap!


Mudah bukan resipinya? Sebenarnya memasak ini mudah sahaja, anda hanya perlu ikut resipi dengan tepat kemudian pasti anda akan dapat hasil yang memuaskan.  Jika silap, anda boleh mencuba sekali lagi. Resipi Gulai Ayam Kuning ini sememangnya mudah dan anda dapat masak dirumah untuk keluarga dan mereka yang tersayang. 

Nak lagi resipi menarik? Anda boleh lihat pelbagai lagi resipi dengan klik pada pilihan resipi yang anda inginkan dibahagian tepi artikel ini. Jangan lupa untuk LIKE dan Share resipi ini ya!


SELAMAT MENCUBA

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama