Resipi Burnt Cheesecake Guna Air Fryer, Mudah & Sedap!


Ada air fryer di rumah tapi tak tahu nak masak apa lagi? Okay, jangan risau sebab kali ini adalah perkongsian yang menarik untuk anda. Bila mempunyai air fryer di rumah, kebiasaannya kita akan gunakannya untuk menggoreng sahaja bukan? 

Sebenarnya kita boleh buat kek menggunakan air fryer! Perkongsian kali ini adalah dari Anys Idayu Zakaria yang berkongsi cara-cara menghasilkan Burnt Cheesecake hanya menggunakan air fryer. Nak tahu lebih lanjut, anda boleh ikuti resipi dibawah dan selamat mencuba!

RESIPI BURNT CHEESECAKE GUNA AIR FRYER


BAHAN-BAHAN: 
  • 3 biji telur 
  • Cream cheese 250gram 
  • Whipping cream 125ml 
  • Gula setengah cawan 
  • Tepung gandum 2 sudu 
  • Esen vanila 2 titik 
  • Mentega untuk sapu pada loyang

CARA PENYEDIAAN :

#1 Campur semua bahan dan mix menggunakan mixer. Boleh juga gunakan mesin pengisar.


#2 Masukkan adunan dalam loyang yang sudah disapu dengan mentega.


#3 Masukkan loyang berisi adunan ke dalam air fryer dan masak pada suhu 180°C selama lebih kurang 25 minit.


#4 Selepas siap dibakar, biarkan sejuk sekejap dan sapu coklat diatasnya. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk. Potong apabila kek sudah sejuk. 

Mudah bukan? Hanya menggunakan air fryer sahaja. Sebenarnya banyak lagi kegunaan air fryer yang anda tidak tahu. Sebelum ini admin dah kongsikan cara buat sate ayam dan daging dengan hanya menggunakan air fryer. Kalau anda rasa resipi ini terbaik, bolehlah kongsikan ye!

SELAMAT MENCUBA

Kredit Resipi & Gambar : Anys Idayu Zakaria

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama