Resipi Kek Pisang Moist Sedap & Gebu



Apa khabar semua? Alhamdulillah, semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik. Baiklah, kali ini admin nak berkongsi dengan anda satu resipi yang mudah dan senang, tapi sedap. Okay, sebelum itu, admin nak tanya, siapa dekat sini suka makan kek pisang?

Mesti siapa yang takt ahu nak buat kek pisang tu menganggap nak buat kek pisang dari awal sehingga siap adalah susah. Sebenarnya senang sahaja. Perkongsian resipi mudah dan cepat ini dikongsi oleh Sabariah Sharif, dan jangka masa untuk menyiapkan kek pisang ini cuma 30 minit sahaja! Tak percaya?! Boleh lihat resipi di bawah. Selamat mencuba!

RESIPI KEK PISANG MOIST 30 MINIT DAH SIAP!


BAHAN-BAHAN :

  • 4 biji pisang berangan masak ranum/ apa-apa pisang yang 
  • 1/4 cawan gula
  • 1 cawan tepung gandum *
  • 1 sudu teh soda bikarbonat *
  • Secubit garam *
  • Sedikit esen vanilla
  • 2 biji telur gred A
  • 1/4 cawan minyak jagung/minyak masak


CARA PENYEDIAAN :

#1 Lenyek pisang sampai hancur dan kacau sebati dengan gula.

#2 Ayak bahan-bahan bertanda* dan satukan dalam satu mangkuk.

#3 Pukul telur sampai berbuih.

#4 Satukan semua bahan step 1,2,3 dan gaul rata.

#5 Masukkan esen vanilla.

#6 Selepas itu masukkan minyak jagung dan kaup sebati.


#7 Kemudian masukkan dalam paper cup/loyang (saya guna 1 paper cup = 2 scoop ice cream)

#8 Hiaskan degan apa-apa topping yang disukai (saya letak chocolate chip sebab kombinasi pisang dan coklat memang sangat sedap)

#9 Hentakkan sikit loyang / paper cup untuk buang angin.

#10 Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Set suhu 200°C. Bakar selama 30 minit atau sehingga masak. 

Peringatan : Setiap oven adalah berbeza, masa memasak mungkin sedikit berbeza. 


Bagamana? Mudah kan nak buat kek pisang moist ini. Kalau nak lagi sedap, anda boleh letakkan hirisan pisang diatas adunan kek pisang sebelum dibakar. Jangan lupa untuk mencuba resipi ini dirumah dan kongsikan resipi ini ya!

SELAMAT MENCUBA

Kredit Resipi & Gambar : Sabariah Sharif

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama