Resipi Udang Galah Berlada Mudah dan Sedap

Resipi Udang Galah Berlada Mudah dan Sedap

RESIPI UDANG GALAH BERLADA

Siapa penggemar udang galah?! Admin yakin pasti ramai yang menggemari udang galah kan? Okay, kali ini admin nak kongsikan dengan anda semua satu resipi yang cukup mudah dan senang sahaja iaitu resipi udang galah berlada. Bahan-bahan yang diperlukan untuk resipi ini pun tidaklah banyak mana pun.

BAHAN-BAHAN

 🍤 Udang Galah
 🍤 Bawang Merah & Bawang Putih - Dicincang
 🍤 Cili Boh
 🍤 Halia - Dicincang
 🍤 Serai
 🍤 Sos Tiram
 🍤 Sedikit Air Asam Jawa
 🍤 Perasa (Gula,Garam,Aji)


CARA PENYEDIAANNYA

#1 Pertama sekali, tumis bawang merah, bawang putih, halia dan serai sehingga warna kekuningan.

#2 Masukkan Cili Boh dan tumis sehingga pecah minyak.

#3 Masukkan sedikit sos tiram.

#4 Masukkan perasa (gula, garam,aji) dan sedikit air asam jawa. Biar supaya ada rasa masam manis.

#5 Masukkan udang galah dan masak hingga kering.

#6 Siap dan boleh dihidangkan

Mudah bukan? Admin pun antara penggemar makanan udang termasuklah udang galah ini. Untuk resipi kali ini sememangnya cukup mudah! In shaa Allah selepas ini akan lebih banyak lagi resipi udang yang akan dikongsikan untuk anda semua!

Nak tahu tentang resipi makanan lain? Pilih sahaja dibahagian tepi artikel ini. Oh ya, jangan lupa untuk Like dan Share resipi ini pada rakan-rakan ya! 

SELAMAT MENCUBA

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama